
Pada hari ini sekolah saya telah mengadakan aktiviti mewarna dan melukis poster bersempena minggu kempen anti dadah. Tema kempen anti dadah pada tahun ini ialah 1 Malaysia Membanteras Dadah. Aktiviti tersebut dimulakan dengan acara senamrobik yang diadakan di kawasan tapak perhimpunan Sk Bebar dan diketuai oleh cikgu Ramdzan . Pada 8.15 pagi,murid tahun 1,2 dan 3 telah mewarna gambar yang bertemakan dadah. Selepas rehat pula murid tahun 4,5 dan 6 telah membuat poster di dewan sekolah.Kami mestilah membuat poster mengikut tema yang sama.selepas selesai membuat poster itu ,kami haruslah menghantar poster itu kepada guru. Kami berasa sangat gembira.
No comments:
Post a Comment