Tuesday, March 23, 2010

Kempen anti dadah



Pada hari ini sekolah saya telah mengadakan aktiviti mewarna dan melukis poster bersempena minggu kempen anti dadah. Tema kempen anti dadah pada tahun ini ialah 1 Malaysia Membanteras Dadah. Aktiviti tersebut dimulakan dengan acara senamrobik yang diadakan di kawasan tapak perhimpunan Sk Bebar dan diketuai oleh cikgu Ramdzan . Pada 8.15 pagi,murid tahun 1,2 dan 3 telah mewarna gambar yang bertemakan dadah. Selepas rehat pula murid tahun 4,5 dan 6 telah membuat poster di dewan sekolah.Kami mestilah membuat poster mengikut tema yang sama.selepas selesai membuat poster itu ,kami haruslah menghantar poster itu kepada guru. Kami berasa sangat gembira.

Wednesday, March 17, 2010

ICTL mewarnai duniaku

Sewaktu saya berumur 7 tahun,saya tidak mengenal apa itu komputer. Saya berasa hairan apakah kegunaan komputer. Sejak daripada itu saya ingin mengenali komputer. Saya mula mengenali komputer ketika saya darjah 3.

Azam saya pada tahun ini




Azam saya pada tahun ini ingin mendapat 5A dalam UPSR.Oleh sebab itu, saya akan belajar bersungguh-sungguh.Saya harap tuhan akan makbulkan doa saya.

Lencana sekolah saya

Faedah -faedah semasa belajar ZOOM A.

Pada cuti sekolah yang lepas, saya dan kawan-kawan telah menghadiri kelas komputer.Kelas komputer itu telah diadakan pada 1/12/2009 hingga 24/12/2009 bertempat di makmal Sekolah saya.Di sana saya belajar untuk menjawab soalan peperiksaan. Ia terbahagi kepada 2 bahagian.Antaranya,ialah soalan aras tahun 6 dan soalan aras UPSR.Saya menjawab soalan bahasa melayu,bahasa inggeris,matematik dan sains.Dari kelas tersebut,Saya mempelajari cara untuk menjawab soalan dengan betul dan mendapat ilmu pengetahuan yang banyak.Saya juga mengisi masa lapang semasa cuti.
Saya berasa sangat gembira kerana dapat belajar ZOOM A.

Wednesday, March 3, 2010

Tentang Diri Saya

Nama saya Faizatul Shuhaikah bt.Ismail. Saya berumur 12 tahun. Saya tinggal di Kampung Badong. Hobi saya ialah membaca buku. Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bebar. Saya belajar di tahun 6 Arif.Makanan kegemaran saya ialah nasi ayam manakala minuman kegemaran saya ialah horlicks.Nama ayah saya Ismail bin Kasim. Nama emak saya pula Saidah binti Adnan.
Saya ada 3 orang adik beradik.Kakak saya bernama Faizatul Shahira.Dia berumur 15 tahun.Adik perempuan saya pula bernama Faizatul Elisya.Dia berumur7 tahun.Dan adik lelaki saya pula bernama Muhammad Iqram Hussaini.Dia berumur 1 tahun.Saya gembira mempunyai keluarga yang baik seperti mereka.